5 Langkah Mudah Untuk Memulakan Pelaburan Saham

Masih tertanya-tanya di mana hendak bermula?

Di sini saya kongsikan secara ringkas, langkah untuk melabur dalam saham bursa malaysia.

Yang paling penting : TAKE ACTION ! Jika langkah pertama pun dah malas nak buat, bagaimana hendak melabur?

 

1. Buka Akaun CDS

Pergi ke mana-mana investment center, dan sediakan duit RM 10 + RM 0.60 (gst) untuk pendaftaran.

Sebagai permulaan, anda tidak perlu risau sangat mengenai brokerage fee, apa yang penting, pastikan broker tu dekat dengan kita – senang untuk kita belajar dengan remiser dan berurusan dengan mereka nanti.

 

Pilih dealer/remiser yang mesra dan senang untuk berurusan. Bagi saya, ini adalah kriteria terpenting. Ini kerana jika ada masalah di kemudian hari, remiserlah yang akan tolong meyelesaikannya.

Senarai penuh broker boleh dilihat di bursamalaysia.com.

 

2. Biasakan Diri Dengan Akaun Trading

Selepas akaun diaktifkan, biasakan diri anda dengan platform.

Cuba tekan menu yang terdapat di platform untuk memahami setiap fungsi yang ada.

ps : jangan tekan butang Buy sudah, nanti tak pasal-pasal ter’beli’ saham..:-P

 

Semua platform ada menyediakan fundamental dan technical analisis secara basis.

Selain itu, anda boleh mengetahui samada saham itu patuh syariah atau tidak. News dan announcement terkini juga boleh didapati dengan mudah di platform.

 

3. Pergi Kelas Saham

Dapatkan nasihat dan review dari kawan yang arif tentang saham mengenai kelas-kelas dari sifu saham di Malaysia ini. Bandingkan kelas yang ditawarkan. Ingat, tak semestinya kelas yang mahal itu berbaloi dengan ilmu yang diajar.

Pilih kelas yang sesuai dan kaji modul yang akan diajar nanti.

 

4. Modal Yang Mencukupi

Bab ini saya akan huraikan dengan detail nanti.

 

5. Beli Saham

Sekarang, setelah anda membuat analisa dan yakin bahwa saham itu berpotensi untuk dilaburkan, beli saham tersebut – jangan risau mengenai untung atau rugi, masih awal lagi perjalanan anda. Anda masih lagi belajar.

Oleh sebab itu, gunalah modal yang kecil dulu, dan sekiranya sudah memahami macam mana flow dan game saham ni, barulah anda boleh mempertimbangkan untuk melabur dengan modal yang besar dan serius.

 

‘ Don’t put all your eggs in one basket ‘

‘ Diversify your investment ‘

 

Jadi, tunggu apa lagi – TAKE ACTION AND ACT NOW.

 

Dr Ikram on sabfacebook
Dr Ikram
Dr Ikram
Penulis di kolum saham dan FCPO (Future Crude Palm Oil).

Bekerja sepenuh masa sebagai Pegawai Perubatan dan merupakan seorang pelabur dalam saham dan FCPO di bursa malaysia.

Leave a Reply

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.