Kenali Diri Anda – Jenis Pelabur

Jadi, anda jenis pelabur yang mana satu?

  • Short term/intraday trader?
  • Medium term/swing trader?
  • Long term / Investor?

Anda perlu menetapkan jenis manakah portfolio pelaburan anda nanti : harian ke, mingguan ke, atau bulanan.

Jangan main semborono sahaja melabur, tanpa menetapkan matlamat pelaburan anda.

1. Short Term/ Intraday Trader :

  • Jangkamasa : 1 Hari
  • Lebih kepada technical analysis berbanding fundamental
  • Matlamat : Mengaut keuntungan secara cepat, bermodalkan besar dan biasanya hanya 1-2 tick kenaikan sahaja diperlukan untuk mendapatkan keuntungan.
  • Golongan kontra termasuk dalam ciri ini.
  • Perlu mengawasi/monitor pergerakan harga secara konsisten.
  • Memilih hot stock

 

2. Medium Term / Swing Trader

  • Jangkamasa : Beberapa hari hingga minggu.
  • Gabungan analysis technical dan fundamental.
  • Matlamat : target keuntungan adalah mingguan, dan lebih kepada flip saham jika mendapat keuntungan yang dikehendaki.
  • Pergerakan harga dilihat secara berkala.

 

3. Long Term / Investor

  • Jangkamasa : Mingguan – Tahunan.
  • Lebih kepada fundamental analysis.
  • Matlamat : target biasanya berdasarkan tahun – melebihi pulangan ASB/TH sudah dikira cukup bagus.
  • Pergerakan harga tidak sangat dipantau – lebih kepada market sentimen.

 

Jadi, jenis pelabur apakah anda? Pelabur Short term atau Long term?

Jangan jadi macam sesetengah orang, ubah keputusan jika saham yang dipegang itu loss dan tidak sanggup untuk rugi (cut loss). Tetapkan pendirian anda – jika niat sebagai intraday, saham itu perlu dijual pada hari itu juga dan jika niatkan swing, boleh hold saham tersebut buat beberapa hari.

 

Sekiranya portfolio pelaburan kita masih tidak jelas, saya nasihatkan, elakkan melabur. Papertrade sahaja dahulu. Insya allah selepas memahami pergerakan saham dan market sentimen, anda akan tahu jenis manakah pelaburan anda nanti.

 

Dr Ikram on sabfacebook
Dr Ikram
Dr Ikram
Penulis di kolum saham dan FCPO (Future Crude Palm Oil).

Bekerja sepenuh masa sebagai Pegawai Perubatan dan merupakan seorang pelabur dalam saham dan FCPO di bursa malaysia.

Leave a Reply

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.