Masih tercari-cari saham berpotensi untuk dibuat pelaburan?
2 kriteria utama :
- beli saham yang dari syarikat yang bagus dan berkembang
- beli harga diskaun / murah (unvervalue stock)
Saya memilih kriteria-kriteria di bawah dan akan menyenarai pendek saham berpotensi :
-
EPS (Earning Per Share)
- Pastikan earning yang diberi adalah kompetitif dan setanding dalam industri tersebut
- Lagi tinggi nilai EPS, bermakna saham itu lagi bagus
-
PE Ratio
- Saya memilih PE ratio dalam julat kurang dari 25.
- Konsep dia, PE menunjukkan berapa bilangan tahun untuk pelabur balik modal
Sebagai contoh jika saham itu PE 5, menandakan pelabur itu memerlukan 5 tahun untuk balik modal.
Tapi, jika PE terlalu kecil pun tidak elok, kerana, PE yang agak besar menunjukkan
syarikat itu mahu berkembang.
- PE juga berubah mengikut industri yang terlibat.
-
Profit
- Bertambah dari tahun ke tahun
- Perlu melihat 3 / 5 tahun kebelakang
- Quarter report lagi informatif berbanding dengan annual report.
-
Operating Activity
- Pastikan operating activity untuk syarikat tersebut adalah positif
- Ini menandakan yang aktiviti perniagaan adalah sihat dan mampun menjana pendapatan.
-
NTA (Net Tangible Assets)
- Yang terbaik adalah harga saham sekarang dibawah NTA
- Tapi ini tidak semestinya dipatuhi, kita perlu menilai saham secara keseluruhan.
Semua kriteria di atas kita boleh dapatkan secara percuma di bursa malaysia.
Anda juga boleh menggunakan screener, seperti :
- Shareinvestor : berbayar
- Insage : berbayar, tapi boleh mendapatkan secara percuma jika anda menggunakan mplus
- KLSE screener : PERCUMA
Value Saham :
- Formula ringkas : NTA + business activity/branding
- Contoh : Si A hendak menjual sebuah kedai, barang dan peralatan di dalam kedai bernilai RM 50 ribu. Tapi disebabkan Kedai A telah lama beroperasi, mempunyai pelanggan tetap, servis dan lokasi yang elok, dan jenama yang telah dikenali ramai, jadi ini semua menambah nilai Kedai A.
- Jadi nilaian Kedai A : RM 50 ribu + RM 30 ribu.
- Begitu jugalah dengan syarikat di bursa malaysia, anda harus menilai perkara ini sebelum tahu harga saham itu.
Undervalue Stock
- Kita mestilah tahu value saham itu.
- Cara membeli saham undervalue/diskaun : Beli semasa price di support. Jangan beli semasa harga berada di puncak.
- Atau, jika saham itu baru sahaja breakout, beli semasa ia membuat retracement / correction yang pertama.
- Jadilah pelabur yang bijak : beli semasa harga murah.